Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan berasingan bermula pukul 4 hingga 6.30 pagi.

Katanya, kumpulan yang aktif dalam aktiviti pecah rumah sejak tahun lalu itu di tangkap di sekitar beberapa lokasi di Kota Sentosa dan Batu Kawa, Padawan di sini.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas sebilah pisau benet dan 10 butir peluru dipercayai digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan jenayah.

“Polis juga berjaya menemukan semula 20 barangan yang dipercayai diperoleh menerusi hasil pecah rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - UTUSAN ONLINE