Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 84 tahun dan menghidap penyakit jantung dipercayai menikam dirinya kira-kira empat kali di bahagian perut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, anak mangsa yang bekerja di kedai gunting rambut tersebut memberitahu mangsa sering mengugut untuk membunuh diri jika dia dibawa ke hospital.

"Mangsa mengalami masalah penyakit jantung dan sakit tua.

"Anak mangsa tidak menyangka mangsa betul-betul menikam diri sendiri hari ini di hadapan kedainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa kini dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan yang serius dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP). - UTUSAN ONLINE