Dalam serbuan pada pukul 11 malam itu, kesemua mereka yang berusia antara 34 hingga 41 tahun dipercayai sedang asyik menghisap dadah hasil penemuan beberapa paket dadah serta peralatan menghisap dadah.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anatra yang ditemukan adalah sembilan paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki Heroin dengan anggaran berat 20 gram (g), satu paket plastik dadah disyaki syabu seberat 0.5 g.

“Polis percaya dadah yang dianggarkan bernilai RM650 itu turut dijual di sekitar Tasek Gelugor dan kesemua mereka yang berasal dari Butterworth itu didapati positif dadah jenis morfin dan methamphetamine.

“Kesemua mereka juga yang memiliki rekod lampau berkaitan dadah kini ditahan reman sehingga 22 Mei untuk disiasat di bawah Seksyen 39B, Sek 12(2) dan Sek. 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE