Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, Operasi Khas Samseng Jalanan itu dijalankan pada pukul 10 malam semalam dan berakhir pukul 4 pagi hari ini.

“Keempat-empat remaja berkenaan didapati melakukan aksi menunduk badan, meniarap di atas motosikal dan ia berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau kes itu disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE