Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan pemilik kedai kerugian kira-kira RM367,000.

“Siasatan awal mendapati empat suspek yang datang menaiki kereta terlibat dalam rompakan yang berlaku dalam tempoh kira-kira tiga minit.

“Suspek telah menyamun barang kemas yang dianggarkan bernilai RM367,000 dari kedai emas tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hock Poh berkata, suspek membawa objek warna hitam menyerupai pistol, sebilah pisau dan sebatang kuku kambing semasa melakukan rompakan.

Menurutnya, usaha mengesan suspek sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api Penalti Berat (FIPA) 1971. - UTUSAN ONLINE