Keempat-empat suspek berusia antara 40 hingga 59 tahun itu ditahan dalam satu operasi besar-besaran yang dikenali 'Op Cuci' yang dilakukan SPRM.

Menurut sumber, selain mereka, lapan orang pemilik syarikat yang disyaki bersekongkol dengan pegawai-pegawai terbabit turut dipanggil untuk membantu siasatan.

Ujarnya, lapan syarikat kontraktor tersebut dikatakan telah memonopoli projek-projek bernilai RM50,000 yang ditawarkan oleh perbadanan tersebut.

"Kesemua kerja-kerja ini diberikan secara runding terus dan bagi kerja-kerja melebihi RM50,000.00 akan dibuat secara pecah kecil dan dibahagikan kepada dua fasa atau tiga fasa tanpa melalui proses sebut harga.

"Sehubungan itu, kesemua mereka akan direman di Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang esok bagi siasatan lanjut ibawah seksyen 17(a), seksyen 18 dan seksyen 23 Akta SPRM 2009," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Bin Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan itu dan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. - UTUSAN ONLINE