Dadah
SEBAHAGIAN dadah dan alat menghisap dadah yang dirampas daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang ditahan pada Op Tapis di sebuah rumah di Ampang Jajar dekat Mak Mandin di sini Khamis lalu.-GAMBAR SUMBER POLIS

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya yang menjalankan Op Tapis menyerbu rumah itu pada pukul 11 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam..

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemukan dua paket lutsinar dan satu keratan straw yang berisi dadah dipercayai heroin seberat 21 gram di dalam sebuah bilik di situ.

 "Hasil siasatan mendapati dadah itu adalah untuk kegunaan sendiri dan nilai keseluruhan adalah sebanyak RM375 manakala kesemua mereka positif dadah jenis morfin dan amphetamine.

 "Keempat-empat mereka yang berusia antara 31 hingga 43 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.-UTUSAN ONLINE