Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, seorang daripada empat suspek itu ditahan di Shah Alam manakala tiga lagi ditahan di Klang, Selangor.

"Kesemua suspek berusia 39 hingga 46 tahun itu dipercayai bersekongkol untuk mengemukakan pelbagai tuntutan perkhidmatan logistik yang kononnya telah disediakan oleh beberapa syarikat pengangkutan berbeza.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun yang sama," ujarnya. - UTUSAN ONLINE