Mereka terdiri daripada Chin Wai Leong, 41, Ng Poh Weng, 67, Datuk Marcus Yee Yuen Seng, 65, dan Liew Chee Wah, 63.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohtarudin Baki yang bersidang bersama Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut mendenda syarikat itu sebanyak RM2 juta atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen.

Mereka diperintah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas kuorum berkenaan menolak permohonan pihak pembelaan agar hukuman terhadap keempat-empat lelaki itu ditangguhkan sementara notis permohonan semakan difailkan Jumaat ini.

Keempat-empatnya disabitkan atas 154 tduhan pengubahan wang haram di Public Bank Bhd. Cawangan Kuala Lumpur, Tingkat Bawah, Menara Public Bank, 146, Jalan Ampang di ibu negara di antara Julai 2008 dan Jun 2009.

Mereka dan syarikat itu juga menghadapi lima pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesan di Jalan Kuchai Maju 6, Persimpangan Jalan Kuchai Lama di ibu negara di antara November 2008 dan Julai 2009. - UTUSAN ONLINE