Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, pihak polis menemukan mayat Azad Mubarakbhai,26, dalam keadaan tergantung pada kipas di tingkat dua rumah kedai berkenaan manakala mayat Mubarak Ali,28, ditemukan di dalam bilik air.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kedua-dua mereka yang merupakan pekerja di sebuah restoran dipercayai bergaduh dan pihak polis turut menjumpai sebilah pisau di lokasi kejadian.

“Ada kesan pergelutan berlaku di antara kedua-dua mangsa dan pisau berkenaan dijumpai disebelah mayat lelaki yang tergantung.

“Kedua-duanya dipercayai pulang ke rumah berkenaan selepas tamat bekerja pada pukul 12.30 tengah hari dan mayat kedua-duanya ditemukan oleh rakan sekerja mereka pada pukul 6 petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semasa kejadian itu berlaku hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja restoran berkenaan.

“Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE