Turut ditemukan mayat seorang wanita juga warga asing dalam keadaan terbaring di atas tilam berlumuran darah dengan kesan luka akibat hentakan di bahagian dahi dan pipi dipercayai dipukul dengan batang besi.

Difahamkan, mayat kedua-dua itu merupakan warga asing iaitu lelaki berasal dari India atau Bangladesh manakala wanita terbabit dari Indonesia.

Ketua Polis daerah, Superintenden Azizan Tukiman berkata, mayat kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an ditemukan kira-kira pukul 5.20 petang oleh pemililk rumah tersebut.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit ditemukan tergantung di hadapan pintu bilik manakala wanita pula terbaring di atas tilam dengan berlumuran darah.

 

“Siasatan awal mendapati, mayat wanita terbabit mempunyai kesan luka akibat hentakan di bahagian dahi dan pipi dipercayai dipukul dengan batang besi.

“Kita juga menemukan sebatang besi sepanjang satu meter yang terdapat kesan darah berhampiran mayat selain terdapat kesan jerutan di leher mangsa wanita itu.

“Berdasarkan pemeriksaan, kita tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan lanjut tidak menemui tiada kesan suntikan bacille calmette-guerin (BCG) pada lengan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azizan menjelaskan, berdasarkan pemeriksaan di sekitar rumah tiada kesan pecah dan pintu depan rumah dikunci daripada dalam.

 

“Siasatan awal mendapati lelaki terbabit menyewa rumah itu sejak sebulan lalu dan kini sedang memeriksa hubungan kedua-dua mereka masih dalam siasatan.

“Kita sedang menyiasat motif kejadian dankedua-dua mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat,”ujarnya memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-UTUSAN ONLINE