Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh reman sehingga Ahad ini bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang masing-masing berusia dalam lingkungan 40-an.

Siasatan terhadap kedua-lelaki itu dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana disyaki membuat ugutan jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sembilan tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, kedua-dua lelaki yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di mahkamah pada pukul 11.25 pagi dan mereka yang diiiringi anggota polis keluar dari bilik reman kira-kira 30 minit kemudian.

Semalam, polis menahan dua lelaki kira-kira jam 8.20 malam di Temerloh, Pahang kerana dipercayai terbabit dalam panggilan bom palsu itu.

Pada 28 Ogos lalu, Bangunan Sri Pentas Bandar Utama, Damasara, Selangor terpaksa dikosongkan selepas pihak pengurusannya menerima panggilan palsu terdapat bom di dalam premis tersebut.

Difahamkan, kejadian kira-kira pukul 10.45 itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Utama dihantar ke lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE