Kejadian pada pukul 12 tengah malam itu berlaku selepas polis yang membuat rondaan menemukan kenderaan jenis Hyundai Getz dinaiki dua suspek berada dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis daerah, Superintenden Noh Idris berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu menjumpai 28 plastik hitam di bahagian but dan tempat duduk belakang.

“Kesemua daun ketum tersebut dianggarkan bernilai RM8,400.

“Kedua-dua suspek berusia 56 dan 40 tahun yang beralamat di Satun, Thailand kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 303(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noh, ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek juga bebas dadah dan mereka juga tidak memiliki sebarang rekod lampau. - UTUSAN ONLINE