Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kedua-dua lelaki tersebut berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara selepas mendapat maklumat mengenai perkara itu.

Menurut beliau, berikutan penahanan kedua-dua suspek, polis turut merampas sebilah pedang samurai dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berdurasi lebih 20 saat itu tular dalam media sosial sejak semalam memaparkan dua lelaki bertindak luar batasan apabila seorang daripada mereka bertindak menumbuk mangsa manakala rakannya melibas sebilah pedang dari arah belakang terhadap mangsa. - UTUSAN ONLINE