Kedua-dua suspek berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada Rabu lalu dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 malam di sekitar Chow Kit di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Rudy Abdullah berkata, hasil tangkapan tersebut pihaknya berjaya menemukan semula kesemua barangan seperti kamera digital, kamera lasak GoPro yang bernilai lebih RM8,000 yang dicuri oleh suspek.

Ujarnya, hasil siasatan lanjut, kedua-dua suspek mengakui telah memecah masuk ke pejabat tersebut dengan menggunakan peralatan pertukangan sebelum bertindak melarikan kesemua barangan elektronik di dalam pejabat tersebut.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Hasil semakan kedua-dua suspek turut mempunyai rekod lampau berkaitan pecah masuk premis dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE