Kedua-dua lelaki berusia 30 dan 32 itu ditahan dalam serbuan oleh sekumpulan sembilan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sebuah pangsapuri di Relau, tengah malam tadi.

Menurut Penolong Pengarah (Kanan) Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK negeri, Ibrahim Muhamad Said, turut dirampas daripada dua lelaki yang bekerja sebagai peniaga pakaian terpakai dan bekerja sendiri itu adalah wang tunai berjumlah RM27,244.

Tambah beliau, penahanan kedua-dua lelaki yang menyewa bersama di pangsapuri berkenaan hasil intipan dalam operasi itu yang bermula pukul 6.30 petang semalam hingga 3 pagi tadi.

"Bagi kedua-dua kes ini, kita menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita hari ini. - UTUSAN ONLINE