Kedua-dua suspek berusia 33 dan 43 tahun itu ditahan dalam satu operasi khas iaitu Op Asap hasil risikan dan maklumat awam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil penahanan itu, sebanyak 4,960 karton rokok seludup telah dirampas bersama dua buah lori dan sebuah kereta bernilai RM411,360.

"Kedua-dua suspek telah ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur jenayah dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE