Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Dua beradik antara 173 ditahan dalam Op Sarang Khas di Pahang

Op Sarang Khas
KETUA Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood (tiga dari kanan) menunjukkan antara dadah yang dirampas dalam Op Sarang Khas di Temerloh, Pahang hari ini. - UTUSAN ONLINE

TEMERLOH 12 Sept. - Dua beradik antara yang ditahan dalam Op Sarang Khas fasa tiga yang dilaksanakan polis di sekitar negeri ini termasuk di daerah ini bermula malam semalam.

Kedua-dua beradik berkenaan yang berusia 44 dan 41 tahun ditahan di rumah mereka di Felda Jenderak Selatan, di sini kira-kira pukul 4 pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, Op Sarang Khas yang dilaksanakan di seluruh negeri bermula semalam menahan 173 individu termasuk 58 orang di daerah ini yang dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

"Jumlah rampasan keseluruhan pelbagai jenis dadah adalah sebanyak RM7,220 dengan dadah jenis heroin merekodkan jumlah tertinggi iaitu RM4,290.

"Di Temerloh sahaja, jumlah rampasan dadah yang direkodkan sebanyak RM2,485 dan kita turut merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang dicuri," ujarnya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain