Kehilangan dompet itu disedari beliau kira-kira pukul 5 petang ketika dalam perjalanan balik ke hotel.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa meletakkan dompetnya di atas ‘desk board Buggy’ dan dijaga seorang kedi.

“Bagaimanapun, beliau menyedari dompetnya hilang dan mengesyaki dilarikan kedi itu memandangkan kelibatnya tidak dijumpai semalam.

“Kad pengenalan, lesen memandu kelas D, kad pesara kerajaan, kad pengeluaran wang automatik (ATM), pas lawatan imigresen dan wang tunai RM1000 berada di dalam dompet itu,” katanya.

Difahamkan, beliau akan berada di Damai Golf Club untuk menyertai pertandingan Golf Fun Borneo Championship antara Brunei, Sabah dan Sarawak hari ini.

Tambahnya, polis sedang giat memburu lelaki berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE