Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V.Saravanan berkata, mangsa, Sarbudeen Shikander, 72, dipercayai ditikam menggunakan alatan pemecah ketulan ais oleh suspek yang merupakan rakyat Myanmar.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

“Sepatutnya suspek perlu mengambil ubat psikiatri pada setiap hari seperti disarankan doktor, namun pada hari kejadian, dia dipercayai tidak makan ubat berkenaan tetapi mengambil ubat lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian kirakira pukul 6.20 petang itu, mangsa dan menantunya maut selepas dipercayai ditikam menggunakan gunting dalam bilik sewa mereka di premis rumah kedai.

Sehubungan itu, polis menahan dua lelaki Myanmar berusia 28 dan 52 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -UTUSAN ONLINE