Dalam kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu, mayat R.Manogaran, 55,

ditemukan dalam keadaan terlentang di bilik utama rumah berkenaan dan terdapat sebilah pisau berhulu kayu sepanjang 33 sentimeter tercacak di bahagian tengah perut mangsa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati terdapat 13 kesan tikaman di bahagian depan badan dan rusuk serta satu tikaman di bahagian belakang mangsa.

"Mangsa tidak berkahwin dan tinggal bersama dengan lebih kurang 10 orang pekerja warga Myanmar di rumah berkenaan.

"Mangsa didapati tidak menghantar makanan pada pekerja sehingga pukul 2 petang hari ini dan seorang pemandu van yang mengenali mangsa terus ke rumah mangsa," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nik Ros Azhan pemandu van berkenaan kemudiannya memasuki rumah mangsa yang tidak berkunci lalu terlihat kesan darah di bahagian ruang tamu dan mendapati pintu bilik mangsa berkunci.

"Pemandu van ini kemudiannya memanggil seorang pekerja Myanmar yang tinggal berdekatan untuk memanjat masuk ke bilik mangsa melalui bilik air.

"Setelah pintu di buka pintu mangsa ditemukan dalam keadaan belumuran darah dan tidak bernyawa," katanya. - UTUSAN ONLINE