Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Bukit Mertajam Nor Hapipah Abdullah selepas wanita berusia 60 tahun itu dibawa ke mahkamah dalam keadaan bergari.

Sementara itu sehingga kini hanya tiga orang suspek ditahan berhubung kes dera Adelina Lisao yang meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam kelmarin.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis negeri, Datuk A. Thaiveegan ketika ditemui pemberita hari ini.

“Kita juga sedang menunggu laporan penuh daripada pakar perubatan untuk mengesahkan berapa lama mangsa telah didera,” ujar beliau.-UTUSAN ONLINE