Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JIM, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sebanyak 83,617 kes kehila­ngan pasport dilaporkan tahun lalu, berbanding 75,600 kes pada 2017 dan 44,528 (2016).

“Peningkatan ketara itu mendorong JIM melaksanakan de­nda iaitu RM200 bagi kehilangan kali pertama, RM500 (kali ke­dua) dan RM1,000 (kali ketiga). 
“Denda yang dikenakan itu bertujuan mendidik pemegang pasport supaya lebih bertanggungjawab dan berhati-hati menjaga dokumen keselamatan negara itu. Kita mahu pastikan pemegang pasport menjaga dengan rapi dan tak ambil mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Kawalan Kehormat Penolong Pe­nguasa Imigresen KP29 Siri 1 Tahun 2018 di Akademi Imigre­sen Malaysia, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Eksekutif Pusat Antijenayah Kewa­ngan Nasional, Datuk Seri Mus­tafar Ali dan Timbalan Ke­tua Pe­ngarah Operasi JIM, Moha­mad Fauzi Md. Isa.