HASANAH ABDUL HAMID
HASANAH ABDUL HAMID

Menurut sumber, suspek berusia 61 tahun itu ditahan pada pukul 4.15 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk memberi keterangan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita tersebut terlibat bersama-sama tujuh lagi pegawai kanan yang direman hari ini kerana telah menyalahgunakan wang peruntukan tersebut bagi tujuan peribadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut.

Tambahnya, suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE