Suspek berusia 44 tahun dan isterinya berusia 42 tahun turut memiliki dua rekod lampau berkaitan dadah di Batu Pahat pada 2013, manakala dua anak lelaki mereka berusia 16 dan 17 tahun masih bersekolah.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, polis merampas 16,060 biji dadah disyaki pil ekstasi dalam serbuan berkenaan serta 3.35 kilogram dipercayai serbuk dadah terbabit.

“Pil ekstasi yang bernilai RM803,000 ditemukan dalam sebuah kereta jenis Nissan Teana di rumah terbabit, manakala serbuk yang dianggarkan berharga RM558,000 dijumpai di rumah berkenaan.

“Jumlah keseluruhan dadah serta sebuah lagi kereta jenis Honda CRV mencecah RM1.53 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muar sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE