Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslee Chik berkata, suspek berusia di antara 30 dan 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik negeri dalam operasi antara pukul 3.30 petang semalam hingga 2.15 awal pagi tadi.

Menurut beliau, dalam operasi itu polis merampas sebanyak 349 paket minuman berperisa disyaki mengandungi dadah MDMA seberat 11,885 gram (g), ketamin (830g), pil ecstacy 800 biji dan pil Eramin 5 (700 biji) bernilai hampir RM1.3 juta.

“Turut dirampas adalah alat pengisar dan pembungkus yang dipercayai digunakan bagi menyediakan bahan serbuk minuman itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurut Roslee, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. - UTUSAN ONLINE