Melalui video tersebut, kanak-kanak berusia lapan tahun itu dilihat dirotan, dicucuh api pada kemaluan dan diugut digunting kemaluannya kerana sering kencing merata-rata.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sebaik sahaja menerima laporan daripada bapa mangsa yang menonton video berkenaan, polis menahan dua tenaga pengajar wanita dan lelaki masing-masing berusia 42 dan 43 tahun di pusat jagaan itu pada pukul 10 malam semalam.

“Suspek ditahan reman selama dua minggu di lokap Balai Polis Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di pusat jagaan itu mendapati terdapat seramai 15 penghuni berusia antara lapan hingga 17 tahun.

Difahamkan, selepas tenaga pengajar yang dipanggil ‘bonda’ dan ‘walid’ itu ditahan, anak pasangan itu mengambil alih tugas menguruskan rumah jagaan tersebut. - UTUSAN ONLINE