GAMBAR tangkap layar menunjukkan seorang wanita dibelasah lelaki yang menyamunnya di sebuah lif Stes
GAMBAR tangkap layar menunjukkan seorang wanita dibelasah lelaki yang menyamunnya di sebuah lif Stes 

“Usaha mengesan suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun hingga mendatangkan kecede­raan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Rusdi, mangsa yang cede­ra di dahi dan badan telah mendapat rawatan pesakit luar di hospital berdekatan.

Tambahnya, pihaknya sudah merakam percakapan tiga saksi bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Insiden samun itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan yang tular selepas dimuat naik di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi 57 saat itu menunjukkan suspek mengekori wanita berkenaan masuk ke dalam lif sebelum menumbuk mangsa serta menarik rambut serta menendangnya dan menarik beg tangan mangsa.

Ketika lif berhenti seketika di tingkat lain, suspek berhenti memukul mangsa dan berpura-pura berdiri sambil sebelah tangannya masih memegang rambut wanita terbabit.

Suspek menekan butang untuk menutup pintu lif sebelum membelasah mangsa semula. Lelaki itu kemudian melarikan diri bersama dompet mangsa.