Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, ketika ini suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu sedang menjalani ujian air kencing.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Suspek juga akan direman mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah," katanya di sini hari ini.

Pada 6 Julai lalu, seorang pelajar kolej swasta berusia 21 tahun membuat laporan polis selepas didakwa dicabul ketika berada dalam sebuah kereta bersama suspek di Jalan Lebuh Pantai di sini.

Menurut laporan yang dibuat, mangsa turut mendakwa suspek melakukan onani dalam kereta berkenaan selain menawarkan sejumlah wang untuk tidur bersamanya. - UTUSAN ONLINE