Difahamkan, kesemua suspek turut menetak serta mengelar mangsa iaitu Chaw Kat Ali Imran Ali, 33 dan Mohamed Ali Imran Ali, 45, di seluruh badan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi di tingkat tiga, Blok 20, Taman Wilayah, dekat sini.

Tujuan mereka ke rumah berkenaan didakwa untuk bertemu dengan ahli keluarga mangsa yang sebelum ini mempertikai tindakan seorang suspek yang menampar anak mangsa di sekolah tahfiz.

Kesemua mereka dikatakan berbincang dengan baik sebelum kesemua suspek menyerang kedua-dua mangsa dengan menggunakan beberapa senjata tajam yang disorokkan ke dalam jubah masing-masing.

R. MUNUSAMY
R. MUNUSAMY

Seorang mangsa meninggal dunia ketika tiba di Hospital Selayang manakala seorang lagi meninggal dunia kira-kira pukul 9 malam pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, seorang suspek telah ditahan polis kira-kira pukul 5 petang pada hari kejadian.

“Polis kini sedang memburu lagi enam suspek dipercayai telah melarikan diri pada hari kejadian dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza berwarna hijau dan sebuah Proton Waja berwarna perak,” jelasnya.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE