Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang baharu, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata; ini  termasuklah kes melihatkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri  Alur Limbat, Alias Abdullah 51, pada 9 Oktober 2015.

Juga bagi kes melibatkan pembunuhan sepupu Allahyarham, Mat Jusoh Ali,56, pada 9 Ogos tahun yang sama di samping seorang tauke ikan,Daud @ Wan Ahmad Wan Awang, 68, yang turut mati ditembak dalam kejadian pada 27 Julai lalu.

Katanya, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan  Operasi) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed akan mengetuai jawatankuasa khas itu.

"Saya sudah minta Huzir untuk mengetuai jawatankuasa khas bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri bagi mengadakan siasatan susulan terhadap tiga kes ini,  dan kalau ada petunjuk baharu, polis akan maklumkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena lawatan rasminya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail dan Ketua JSJ negeri, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid.-UTUSAN ONLINE