TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN
TAN SRI MOHAMAD FUZI HARUN

Mohamad Fuzi berkata, perkara tersebut sudah lama berlaku ia sepatutnya perlu diulas mengikut fakta yang tepat.

Malah, tegas beliau, perkara berkenaan juga tidak sepatutnya dikeluarkan semula kerana waktunya tidak sesuai.

“Saya tidak ada fakta untuk ulas perkara itu. Saya tidak dapat maklumat dan jika mahu bercakap mengenainya, kita perlukan alasan yang kukuh dan saya juga perlu bercakap berdasarkan fakta.

“Lagipun ia sudah selesai dan sekarang menimbulkan banyak spekulasi.Saya fikir masanya tidak begitu sesuai untuk keluarkan (komen) perkara sebegitu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyertai dan melepaskan peserta Fit Masjid Run Ride di perkarangan Masjid Sultan Yusuf Izzudin Shah di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah.

Mohamad Fuzi berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kenyataan keluarga Prebet Adam yang berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut dan menahan individu yang secara berterusan menyampaikan perkara tidak benar mengenai Adam. - UTUSAN ONLINE