Siti Masitah Ibrahim
Siti Masitah Ibrahim 

Mayat Siti Masitah Ibrahim yang berketurunan Kemboja ditemukan kira-kira pukul 4 petang semalam oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan itu sebelum melaporkannya kepada polis.

Difahamkan, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tangan diiikat dan tanpa seluar namun polis masih menjalankan siasatan dan menungu keputusan bedah siasat dikeluarkan 
yang mana kes berkenaan setakat ini diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Ibu mangsa, Solihah Abdullah, 35, berkata, walaupun keadaan mayat sukar dikenal pasti namun dia yakin ia adalah Siti Masitah berdasarkan baju yang dipakainya.

"Saya mengecam baju pada mayat itu kerana baru seminggu saya membelinya untuk Siti Masitah.

"Saya juga melihat tangan mayat itu diikat dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Medang Hilir di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Katanya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan untuk bedah siasat.

"Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya. - UTUSAN ONLINE