Penahanan lelaki berusia 31 tahun itu dibuat kira-kira pukul 11 pagi tadi ketika dia menghantar isterinya yang juga ibu kandung mangsa ke Hospital Kajang dekat sini untuk melahirkan bayi pada pukul 9.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kedua-dua suspek akan disoal siasat berhubung kes penderaan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun itu.

“Suspek ditangkap ketika melawat isterinya yang baru bersalin. Sebelum itu pada awal pagi tadi isterinya melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah inap desa di kawasan Hulu Langat.

“Namun terpaksa di bawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE