Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan Superintenden Azhari Nusi berkata, selain beras pihaknya turut merampas 150 kilogram beras pulut yang dipercayai diseludup masuk dari negera jiran untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, sebelum kejadian anggota pasukan khas PGA Batalion 7 yang melakukan rondaan menggunakan motosikal telah melihat sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.

“Pemandu lori tersebut terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran sebaik sahaja kenderaan tersebut ditahan. Dia gagal dikesan,” katanya di sini hari ini.

Azhari memberitahu, semua barangan rampasan itu diserahkan kepada pihak kastam untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. - UTUSAN ONLINE