Turut direman adalah seorang pemilik syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki terbabit selepas mereka ditahan secara berasingan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang ketika hadir untuk memberi keterangan petang semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Muna Maria Azmi di sini, hari ini bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, lelaki terbabit dipercayai meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,000 dengan wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun bank milik isterinya.

Ia dipercayai sebagai balasan bagi membantu syarikat terbabit mendapatkan sebarang kerja dan tender yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan dan suspek berperanan untuk memperakukan kerja yang dilakukan oleh syarikat terbabit.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengesahkan tangkapan ke atas semua suspek terbabit selepas mereka hadir ke pejabat SPRM antara pukul 4.30 hingga 6.30 petang. - UTUSAN ONLINE