Md. Shamsuri Md Isa, 41, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Bagi tiga pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mengemukakan butiran palsu penggunaan kad kredit rasmi syarikat sebanyak RM18,580 yang digunakan untuk rawatan kecantikan.

Bagi pertuduhan keempat, Md. Shamsuri didakwa memberikan pernyataan tidak lengkap mengenai rawatan yang diterima di Klinik Christina Cheah Sdn. Bhd. dalam Borang Tuntutan Peribadi.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat korporat MAHB di Sepang dekat sini di antara 1 Mac hingga 26 September tahun lalu.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 Jun ini. - UTUSAN ONLINE