Majistret, Monica Joseph Gaisah membenarkan individu berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Januari di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Permohonan reman dilakukan di hospital berkenaan setelah individu itu dinasihatkan untuk berada dalam pemantauan doktor selepas menjalani pemeriksaan kesihatan malam tadi.

Semalam, lelaki yang berusia 61 tahun itu ditahan SPRM di Pejabat SPRM negeri Perlis selepas hadir memberi keterangan pada pukul 3.13 petang.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal mendapati individu tersebut dipercayai menggunakan jawatan dan kedudukannya pada ketika itu bagi pembelian dua lot tanah di Mukim Kurong Anai di sini, tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah.

Individu itu disiasat mengikut Seksyen 17 dan Sekyen 23 Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE