Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam, Khairul Nizam Abu Bakar.

Turut ditahan reman selama tiga hari ialah seorang pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya yang berusia 52 tahun.

Media semalam melaporkan bahawa bekas kakitangan pejabat Menteri Besar terbabit disyaki menerima wang rasuah sebanyak RM16,566 daripada pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu tahun lepas, sebagai balasan mengesyorkan syarikat itu sebagai pembekal cenderahati kepada pejabat berkenaan.

Isteri pemilik syarikat pembekalan cenderahati itu ditahan kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek.

Siasatan ke atas ketiga-tiga suspek yang ditahan semalam dibuat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. – BERNAMA