Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bagaimanapun, pihak DPP masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital dalam mengenalpasti punca sebenar kejadian.

“Buat masa ini, siasatan awal setakat ini mendapati berlaku kecuaian daripada pihak taska tersebut.

“Setakat ini, kita hanya mengambil keterangan daripada pemilik taska berhubung kejadian yang menimpa bayi terbabit. Sebarang perkembangan kita akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Terdahulu, seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan ditemukan lemas dalam baldi tandas sebuah taska di Seksyen 32 di sini pada 24 Julai lalu.

Mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui tidak sedarkan diri oleh penjaga taska berkenaan selepas dipercayai tersembam ke dalam baldi berikutan merangkak ke dalam tandas yang tidak dikunci pintunya. -UTUSAN ONLINE