Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, Hospital Kajang memaklumkan mengenai kematian bayi berkenaan pada pukul 4.53 pagi selepas 13 hari dirawat di hospital berkenaan.

“Bayi itu meninggal dunia tiga hari lalu akibat kecederaan parah yang dialaminya ketika dalam rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“ Suspek iaitu ibu kandung mangsa berusia 22 tahun sudah dituduh di Mahkamah Seksyen Kajang pada 6 Julai lalu mengikut Seksyen 307 dan 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap bayi dan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi masih hidup,” katanya.

Ahmad Dzaffir memberitahu, bagaimanapun pihaknya akan merujuk semula perkara terbabit kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat pindaan tuduhan terhadap suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas bayi berkenaan meninggal dunia sehari selepas suspek dituduh di mahkamah. – UTUSAN ONLINE