Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, bayi tersebut dijumpai pada Ahad lalu kira-kira pukul 2 petang.

"Pemeriksaan terhadap beg itu menemukan seorang bayi yang dibaluti dengan kain batik dan masih bertali pusat.

"Pemeriksaan doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati bayi tersebut lahir cukup sifat dan sihat dengan berat 2.45 kilogram," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Shaharudin, pemeriksaan lanjut mendapati bayi tersebut dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari masa ditemukan.

Ujarnya, bayi tersebut telah ditempatkan di Wad Kanak-Kanak HKL untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Tambah Shaharudin, sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Afrizal Aizat Md. Ariff di talian 012-7883138. - UTUSAN ONLINE