Bayi tersebut, Nur Aisyah Hasmizan disedari hilang oleh ibunya, Siti Noorfadila Yusofe, 30, ketika bangun untuk bersahur kira-kira pukul 5 pagi.

Siti Noorfadila berkata, tiada kesan seperti rumahnya digeledah dalam kejadian itu, sebaliknya hanya dua buah telefon bimbit dilarikan suspek selain anak bongsunya itu.

“Tiada apa-apa bunyi seperti rumah dipecah masuk didengari melainkan pintu dapur yang berada dalam keadaan terbuka tanpa kesan umpil.

“Kami amat pelik dengan kejadian ini dan sehingga kini tiada panggilan yang pelik-pelik diterima berhubung kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan memberikan butiran lanjut pada masa ini. -UTUSAN ONLINE