Pengarah PPDNKK negeri, Datuk Ab.Ghani Harun berkata, dalam operasi pukul 12 tengah hari itu, pelbagai jenis barangan jenama terkenal, Louis Vuitton (LV) seperti beg tangan, dompet tali pinggang dan kasut kanak-kanak yang dijual secara tiruan dirampas.

“Kita telah merampas sebanyak252 beg tangan, dompet (122 unit), tali pinggang (5 unit) dan 11 pasang kasut Kanak-Kanak yang dianggarkan bernilai RM36,000.

“Sehubungan itu, kita turut menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang dipercayai pemilik premis berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ab Ghani berkata, premis itu telah beroperasi hampir setahun dengan menjual borong dan runcit beg dan eksesori wanita pelbagai jenama yang dipamerkan untuk jualan.

“Barangan berjenama tiruan yang diperolehi daripada China ini dijual dengan harga di antara RM30 sehingga RM150 mengikut saiz.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh didenda RM10,000 bagi setiap barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya. - UTUSAN ONLINE