Lelaki berusia 26 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Klang esok untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, suspek ditahan di sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor, dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai telah menerima arahan daripada sebuah syarikat bagi melakukan pembuangan sisa kimia tersebut.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan kita turut merampas sebuah treler tangki jenis Hino,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 277 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE