Beliau mengambil alih jawatan itu selepas dipangku oleh Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim sejak 19 Julai lalu.

Terdahulu, Mohd. Dzuraidi memangku jawatan itu selepas Datuk Amer Awal bersara wajib pada 19 April lalu.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zamri Yahya di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini.

Sementara itu, Azman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan tertinggi PDRM kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui polis Sarawak.

“Ini (jawatan) adalah satu tanggungjawab besar kerana saya belum pernah menjadi Ketua Polis di mana-mana negeri tetapi saya bertekad akan melaksanakan tugas ini dengan sebaik mungkin,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE