Panglimanya, Jeneral Zulkifli Zainal Abidin berkata, hasil pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, pihaknya turut bersedia untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada veteran polis.

"Isu kesihatan ini perlu diberi kepentingan. Namun ia masih di peringkat perbincangan awal dan perlu dijalankan secara teliti.

"Sekiranya ada peruntukan khas kepada polis selain isu lain yang berbangkit, semestinya perkhidmatan ini dapat disediakan," katanya dalam sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Abdul Hamid ke Wisma Pertahanan hari ini.

Tambah Zulkefli, dalam pertemuan itu, kedua-dua agensi keselamatan itu juga turut membincangkan mengenai isu keselamatan di sempadan.

"Kami berbincang mengenai peranan polis dan agensi lain, ini kerana ATM tiada kuasa pendakwaan sekarang dan adakah kami akan diberi kuasa perundangan atau serah kepada polis.

"Ini termasuk di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom)," katanya. - UTUSAN ONLINE