Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi, sebelum itu mangsa yang hampir setahun berkahwin dikatakan telah keluar bersama-sama seorang lelaki lalu terserempak dengan suaminya. 

Kemudiannya berlaku pertengkaran antara pasangan itu sehingga suami bertindak memukul isterinya di rumah kedai tempat pasangan berkenaaan bekerja di Taman Soga di sini.

Mangsa, 25, kemudian dihantar ke Wad Kecemasan HSNI Batu Pahat sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu dan kemudian pihak polis dimaklumkan kejadian tersebut.

AZHAN ABDUL HALIM
AZHAN ABDUL HALIM 

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim berkata, satu jam kemudian polis berjaya memberkas seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun. 

"Ekoran daripada penangkapan ini, tangkapan susulan ke atas seorang lelaki warganegara Myanmar berumur 22 tahun dibuat yang merupakan suami mangsa di Taman Soga.

"Berikutan tertangkapnya suspek, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh ini hanya dalam masa sejam selepas kejadian berlaku," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan fizikal dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul dan bedah siasat juga dilakukan segera bagi mengesahkan punca kematian.

Beliau berkata, mangsa yang juga warganegara Myanmar dimaklumkan ketika dihantar ke HSNI berada dalam keadaan tidak bermaya dan cedera di beberapa anggota badan.

"Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan pihak hospital terus menghubungi polis untuk tindakan serta siasatan berkaitan kematian terbabit.

"Kes dianggap selesai dengan tertangkapnya saspek utama yang merupakan suami mangsa dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dijatuh 
hukuman gantung sampai mati," katanya. - UTUSAN ONLINE