Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 pagi ketika para peniaga sedang sibuk untuk memulakan perniagaan masing-masing.

Seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan anak kepada peniaga di pasar ber­kenaan secara tiba-tiba mengamuk dan menyerang seorang lelaki berusia 45 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, sera­ngan itu menyebabkan mangsa yang juga pekerja di sebuah ge­rai buah di pasar itu cedera parah di bahagian belakang leher.

Tambahnya, polis juga terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran selepas suspek cuba menyerang anggota polis yang tiba di lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Ujarnya, polis tidak menolak motif kejadian itu adalah bersabit dadah dan siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan lampau manakala mangsa pula mempunyai 26 rekod kes jenayah.

“Suspek turut mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lengan dan kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita.