Nik Mohd. Faris Syazwan Zainuzzaman dan Nor Hanazalmah Mohd Yusof diiringi beberapa penyokong parti itu membuat laporan polis kira-kira pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini hari ini.

Sementara itu, Nik Mohd. Faris berkata, siasatan tersebut wajib dilakukan bagi mendapatkan kebenaran kerana pelbagai fitnah berlegar pada masa kini.

“Kita mahu tahu sama ada kenyataan tersebut adalah benar dan sekiranya tidak benar satu tindakan kesalahan jenayah boleh dikenakan akibat daripada kenyataan tersebut.

“AMK komited bahawa perkara-perkara fitnah yang berleluasa haruslah dibanteras dan amatlah tidak patut dan bertentangan dengan lunas-lunas agama dan undang-undang sekiranya perkara ini secara terus menerus dibiarkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE